Thursday, July 12, 2012

Hanya Kerana Dia : BaB 1

Hujan renyai menyambut ketibaanya di bumi kuala lumpur yang tidak pernah tidur dengan  aktiviti manusia.Perjalanannya baru bermula untuk meneroka satu fasa hidup yang baru. Dia memandang jam tangannya yang menunjukkan angka 5.15 pagi. Dalam kesejukan pagi yang mencucuk tulang belikat, dia mengheret bagasinya melintasi jalan untuk ke pintu utama KL Sentral. 
'cap ayam punya bas, aku bayar mahal. depa duk turunkan aku kat tepi jalan ja.. kau pun satu beg..time mcmni la kau nak rosak! argghhh .. Ya Allah bagilah hambamu ini kekuatan badang.. amiiiinnnn!' sambil mengusap muka dia memerhatikan roda begnya yang rosak. senget sebelah bagasinya yang besar itu.
'bismillahirahmannirahim.. akukan perempuan taff! mesti boleh !' omelnya  sendirian. 

'hai! kenapa dengan beg tu?' sapa reyzal. 
Sarleena mengangkat muka dan terus berdiri tegak mengadap arah suara yang menegurnya. merah mukanya. 'roda dia patah' jujur dia berkata. dalam hati dia mula mengscan lelaki dihadapannya. boleh tahan,tinggi,putih dan berbaju seragam merah, pekerja bas sks tak? not bad.hehehe
'kenape sengih-sengih?' sergah Reyzal. Pelik la la minah ni. aku tanya soalan dia boleh sengih je..hensem sangat ke aku ni? heh.minah ni mesti mamai lagi. tadi nampak dia baru turun dari bas ekpress tu. 
'eh abang, leh tanya tak? mana eh pintu masuk KL Sentral? saya nak naik ktm pergi TBS ni.' tanya Sarleena sambil sengih membariskan gigi putihnya menutup malu.
Reyzal terkedu.mak aih.manisnya senyum dia. minah sengih ni. lain macam betul la senyum dia. 'ehem... jom la saya tunjukkan.saya pun nak pergi ke situ.' sambil dia berpaling memanggil kawannya 'joe!'
'hai! beg rosak eh? mari saya bawakkan' lelaki yang bernama joe menawarkan bantuannya untuk mengangkat begnya yang besar itu. 
'eh takpe ke? berat ni' gugup dia melihat saiz badan joe yang jauh lebih kecil dari kawannya untuk mengangkat beg.
'takpe.dia orang kuat sabah.' seloroh Reyzal .'awak belajar lagi ke? ' tanya Reyzal.
'ermmm baru habis. finish my study! yippie.. hehehe baru je sampai dari penang.USM.' jawab Sarleena
'wah. tahniah ya. berapa tahun awak belajar? jurusan apa ya? tanya Reyzal penuh minat.
'hehehe terima kasih.3 tahun je. amik sains sosial' sengih lagi. 'urm.. awak kerja kat sini ke? dgn sks bus eh? bawa bas ke?'
'yup, kerja sini bah. tapi bukan bawa bas. saya konduktor bas. check tiket dari lcct ke sini.' jawab Reyzal.

'cik,beg ni isi apa? berat semacam je.' berkerut muka joe bertanya 
'hehehe maaf ye. beg ni isinya buku dan baju semata. terima kasih ye bawakkan. awak memang kuat! terima kasih banyak-banyak' terang Sarleena
'ndak pa la bah.aku memang kuat.' jawab Joe dengan bangga sambil tersengih
'ok kita dah sampai. awak naik escalator tu pintu belah kiri nanti jumpa la kaunter tiket KTM tu.' jelas Reyzal sambil tersenyum
'alhamdulillah! terima kasih tolong saya,terima kasih temankan saya. tak taulah apa jadi tadi kalau saya jalan sorang-sorang kan. terima kasih. saya pergi dulu ye.' balas Sarleena sambil memberikan senyumnya yang paling manis dan melambaikan tangannya.

sambil mengesat peluh di dahinya dia mengerutkan muka dihadapan mesin tiket KTM. macamana nak guna ni?? aihhh! dah la takde orang nak tanya. aahh try n error je la.dia terus mencari butang Bandar Tasik Selatan. aha! naseb baik seringgit je! berjaya! dia tersenyum puas setelah mendapatkan tiket KTM nya.dia berkira-kira perancangannya untuk hari itu. sambil menunggu ketibaan tren,sempat dia melamun.
aku pergi TBS,simpan barang,pastu aku mandi kat toilet then solat jap pastu aku pergi ronda KL nak tengok kuala lumpur sebelum balik kampung. ahh.. telefon mak jap la. dah bangun kot. 


bersambung....